Kerana kita merasa lebih mulia,
Kita merasa puasa kita lebih sempurna,
Malah memandang rendah pada yang menjamu selera,
Kerana merasa hebat menahan lapar dan dahaga.
Kerana merasa lebih mulia,
Kita merasa tahajjud kita terlalu istimewa,
Malah memandang sinis pada yang sedang lena,
Kerana terasa munajat kita lebih diterima.
Kerana merasa lebih mulia,
Kita bahagia dikelilingi sahabat sefikrah,
Malah memandang rendah pada yang melawan fikrah,
Kerana senang hati punya sahabat yang hadam erti ukhwah.
Oh, kerana merasa lebih mulia,
Kita senang berjalan dilitupi pakaian yang cukup syaratnya,
Malah jelek melihat mereka yang terbuka sana sini,
Kerana kita merasa diri lebih terpelihara.
Kerana merasa lebih mulia,
Kita gembira melaksanakan kerja Islam sepanjang masa,
Malah benci melihat sahabat yang berehat seketika,
Kerana kita merasa diri lebih ikhlas dalam beramal kerana-Nya.
Kerana merasa lebih mulia,
Kita ralit menatap buku tanpa jemu,
Malah jengkel dengan orang yang berhibur tanpa malu,
Kerana merasa ilmu kita sudah menderu-deru.
Kerana merasa lebih mulia,
Kita leka perintah Tuhan yang Berkuasa,
Menjaga hati dari merasa selesa dengan hidup yang sempurna,
Takut-takut kelak kita diheret ke neraka,
hanya kerana ketika didunia,
KIT MERASA LEBIH MULIA..
No comments:
Post a Comment