UkHwAh FiLLaH

Wednesday 28 December 2011

Terima Kasih Ya Allah....

Berterima kasihlah pada orang yang telah melukai hatimu,kerana dia telah membuatkan kamu kuat, Berterima kasihlah pada orang yg telah membohongi kamu kerana dia telah membuatkan kamu lebih bijaksana,berterima kasihlah pada orang yang telah membenci kamu kerana dia telah mengasah ketegaran kamu,berterima kasihlah pada orang yang mengecewakan kamu kerana dia telah melatih kamu untuk lebih ikhlas,berterima kasihlah pada orang yg menjaga dan mengerti semua keadaan kamu kerana disitulah Rahman Allah ada bersamamu.

Dan jangan memberi harapan pada yang belum pasti,kelak ada insan yg bakal dilukai,jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,nanti mengecewakan diri sendiri,sebaliknya,gantunglah segenap harapan kepada..''YANG MAHA MEMBERI'',nescaya diri kamu tidak sesekali dizalimi kerana Allah seringkali mendengar pengharapan kamu & Allah menunaikannya dengan cara-NYA tersendiri sehingga keindahan itu datang pada waktunya.

Semoga kita mampu mengambil hikmah dalam setiap kejadian.

Dan bilamana ada kata mahupun penulisan yang salah mohon diperbetulkan
Salah dan khilaf andai ada kata yang kurang berkenan mohon dima'afkan
  Diri ini Hanya Manusia fakir Hamba Allah yang tiada daya dan Upaya


*♥*•*´¨`*•.*♥*.•*´¨`*•. ♥♥~*♥**♥*~♥♥ .•*´¨`*•.*♥*.•*´¨`*•*♥*
(¯`v´¯) ♥♥♥•♥•♥
`·.¸.·´ ♥♥.........¸.·´
Semoga bermanfaat...
♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫

Barakallaahu fiikum wa jazzakumullah khoir


♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫
Salam Ukhuwah fillah
(¯`v´¯) ♥♥♥•♥•♥
`·.¸.·´ ♥♥.........¸.·´... ¸.·´¨) ¸.·*¨)♥
ƸӜƷ.¸¸¸.••..ƸӜƷ..••.¸¸¸.ƸӜƷ
♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫

♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥::♥::♥ hamba ♥::♥::♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫

(¯`v´¯).♥ Aamiin ya Robbal 'alamiin ♥.(¯`v´¯)
`·.¸.·`(´'`v´'`) ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥(´'`v´'`)`·.¸.·`
..♥♥..♥`•.¸.•´.(¯`v´¯)(¯`v´¯).`•.¸.•´♥..♥♥..
♥•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♥♥♥♥•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♥

♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥.

Prinsip ABC

A mbil yang baik

B uang yang buruk

C iptakan yang baru

ღღ ANA UHIBUKKA LADZI AHBABTANI LAHUUღღ

(¯`v´¯)♥SALAM SANTUN UKHUWAH♥.(¯`v´¯)
`·.¸.·`(´'`v´'`) ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥(´'`v´'`)`·.¸.·`

Monday 26 December 2011

Rintihan Anak Muda..Dengarlah Wahai Ibu Dan Ayah..

Mak......saya nak nikah awal....

Semasa meningkat remaja, saya mencari-cari kelebihan berkahwin awal supaya saya termotivasi untuk bernikah awal. Dan ditemui antara kelebihan berkahwin adalah ia menjaga kesucian diri dan hati. Memelihara pandangan dan kehormatan.

Ya, saya pun kemudiaannya berada di fasa yang sama dengan teman-teman, terdorong untuk bernikah untuk menjaga hati...
Tapi saat ini, saya tidak memandang lagi semua itu sebagai KELEBIHAN berkahwin awal, tapi KEWAJIPAN dan KEUTAMAAN berkahwin awal.

“Susah sangat ke nak jaga hati?”

“Kenapa tak sabar tunggu hingga habis belajar?”

“ Tak payahlah selalu contact dengan lelaki tu kalau hati tak tenang!”

“Kan selalu ikut program agama, takkan boleh terjerumus maksiat?”

“Orang lain bercinta juga, tak lah sampai nak berzina!”

“Janganlah ikut sangat perasaan…”

Mungkin ini adalah antara dialog luahan-luahan mak ayah kita bila saatnya kita menyuarakan keinginan untuk bernikah di usia awal 20an.

Lantas kita merasakan ibu bapa tak memahami ‘situasi getir’ yang kita hadapi dalam era moden dunia tanpa sempadan.

Ya, memang ibu bapa kita kebanyakkannya tak faham..kerana kita juga tak berusaha untuk faham apa yang mereka faham.

Yang mak ayah kita faham, kita masuk universiti untuk belajar. Dan belajar. Dan belajar. Hingga dapat segulung ijazah. Kemudian dapat perkerjaan yang menjamin masa depan.

Kemudian berkongsi sedikit kesenangan dengan adik-adik dan famili. Kemudian, silakanlah merancang untuk pernikahan. Waktu itu, tenangnya hati mak ayah kerana kita telah ada pendapatan bulanan. Mungkin ada juga sedikit wang simpanan.

Mak ayah kita punya harapan dan perancangan sebegitu kepada anak-anak kerana MUNGKIN mereka membandingkan zaman pergaulan kita dengan situasi muda mudi zaman 70an dan 80an.

Sedangkan kita di ‘era depan’ 2010, 2011, 2012…

Kita tidak lagi di zaman public phone, perlu ada syiling yang cukup untuk meluah perasaan mencambah perasaan dengan ‘teman tapi mesra’ itu.

Kita tidak lagi di zaman mengutus surat menyatakan rindu sayang, jika bersurat, rasa rindu dan sayang hanya sampai kepada si dia setelah jiwa bergelora kita menjadi reda.

Komunikasi yang terbatas waktu dulu tidak memungkinkan perkenalan sebulan dua membawa kepada keinginan yang dasyat untuk berzina…!

Kita bukan di zaman perlu menunggu dan menaiki bas untuk keluar dating…

Kita bukan di zaman mengintai dari jauh buah hati yang sering diingat-ingatkan..

Namun, kita berada di zaman yang amat sukar kita tewaskan segala dugaan dan godaan, dengan lemahnya jiwa dan perasaan.

Mak ayah nampak macam kita menjaga pergaulan lelaki dan perempuan, namun hakikatnya saban waktu kita berdekatan lelaki dan perempuan, dengan terciptanya handphone, laptop etc di samping berkembang majunya cara berkomunikasi dan laman sosial.

Mula dengan saling berkenalan di alam kampus atau luar kampus, di alam maya atau alam nyata.

Ada handphone, boleh call dan sms berjam-jam melayan suka dan cinta yang mekar tumbuh di jiwa. Bila semakin rapat, boleh bermesra hingga menimbulkan keghairahan hanya melalui telefon..

"Abang.."

"Sayang.."

"Darling.."

"Muah muahss.."

Dari text "...dah makan, buat apa tu" kepada.. "....sayang tidur pakai apa.."

"nanti call kejutkan bangun tahajud ya.. abang nak dengar suara sayang.."

Perasaan orang muda bertali arus dengan gelora cinta..

Wahai ibu ayah, kami tidak ada kekuatan menepis semua ini...

Kalau smartphone, lebih canggih dugaannya untuk menjaga kesucian hati dari segala kemudahan bercinta terhidang depan mata, hanya di telapak tangan.

Dulu ada komputer hanya untuk menyiapkan tugasan dan kerja-kerja sebaiknya.

Kini ada laptop atau komputer peribadi dilengkapi internet yang menjadi wasilah penting untuk mempertaut hati.

Pilih saja broadband yang bagus atau streamyx.. YM, facebook, twitter dan segala jenis social network ini melajukan curahan perasaan hingga tak mampu dikawal.

Curahan perasaan lambat laun membawa kepada bertukar-tukar gambar sendiri tanpa pakaian atau minima sekali… Gambar-gambar kaku kemudiannya dipanjangkan pada video sebenar…

Mak ayah mungkin tak faham dengan kewujudan video calls yang membolehkan bercinta bukan dengan hanya dengan pujuk rayu mesra, malah ada kebebasan untuk mempamerkan keindahan fizikal.

Dengan web cam yang jelas gambar dan cantik skrinnya, sendirian di bilik rumah sewa dan asrama masing-masing, siapa yang melarang untuk tidak membuka tubuh pada kekasih seperti malam pertama suami isteri..?

Tidak perlu menunggu bas untuk dating, si dia yang punya kereta bersedia mengambil dan menghantar… Di jalan-jalan sunyi, siapa yang kuat untuk tidak ringan-ringan sewaktu cinta kasih meluap-luap memenuhi perasaan…?

Jika di taman-taman dan kawasan peranginan jua jeram tak ada privasi bercumbu-cumbuan, siapa yang melarang untuk check-in di budget hotel RM9.90 semalam yang makin banyak di sekeliling tempat belajar dan tempat kerja kalian..

Mak dan ayah,
kalaupun kami tak berpacaran, di jalanan banyak perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang hingga jiwa kami menjadi resah gelisah.. (ya, ia kesalahan kami tidak merendahkan pandangan)..

Mak dan ayah,
kami tidak mahu terlibat dengan pacaran, namun teman-teman sekeliling banyaknya yang dah 'berdua', kami teringin juga sepertinya..

Mak dan ayah,
inilah zaman yang kami berada di dalamnya. Tidaklah kami sekadar menyalahkan zaman, namun kami mencari alternatif menguatkan jiwa dan perasaan.

Kami ingin bernikah, bantulah kami menjaga sekeping iman dan akhlak yang makin hilang dengan segala kecanggihan hidup yang datang…

Kami ingin bernikah, bantulah kami berumahtangga agar pengajian berjaya diteruskan dan rumahtangga dipelihara dengan matang.

ALLAH berfirman, “…jangan dekati zina…” namun ke manapun kami berpusing, kami seolah-olah terlalu dekat dengan zina..

Kami akui kelemahan kami, kami akui kesilapan kami, bantulah kami mencari kehidupan yang suci dan tenang.. Bantulah kami untuk terus di atas jalan kebaikan.:')

Panduan Memilih Jodoh Daripada Rasulullah S.A.W

Bagi golongan lelaki, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” [1] Hadith ini telah direkodkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka serta imam hadith yang lain.

Secara terang Rasulullah s.a.w telah mengarahkan agar seorang lelaki memilih wanita yang beragama sebagai isteri serta menjanjikan kebahagiaan ke atas pilihan yang berasaskan agama.

Bagi golongan wanita pula Rasulullah telah mengenakan dua syarat pilihan iaitu hanya menerima lelaki yang beragama dan berakhlak sebagai suami. Ini menunjukkan Islam amat menjaga kebajikan wanita.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.” [2]

Di dalam riwayat yang lain, menurut Abu Hatim al-Muzani r.a., selepas Rasulullah s.a.w bersabda seperti di atas, lalu para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah ! Walaupun dia telah mempunyai isteri?” Lalu Rasulullah s.a.w mengulangi, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia!” sebanyak tiga kali. [3]

Wallahu 'alam

Sunday 25 December 2011

AKU MELIHAT PADA APA YANG DIPERJUANGKAN,BUKAN MELIHAT PADA SIAPA YANG BERJUANG..


SERBA SEDIKIT CORETAN DARI HATI SAYA...SEPERTI YANG KITA SUDAH SEDIA MAKLUM, PELBAGAI ISU TELAH DITIMBULKAN BERKAITAN DENGAN PERJUANGAN SELURUH MAHASISWA..APA YANG SAYA HENDAK BANGKITKAN PERSOALAN DISINI IALAH "PERLUKAH ADA CAMPURTANGAN PIHAK YANG LAIN DALAM PERJUANGAN INI??"..MAAFLAH ANDAI ADA PIHAK YANG TERASA..INI TIDAK ADA KAITAN DENGAN MANA-MANA BELAH PIHAK..BAGI PENDAPAT SAYA....TIDAK PERLULAH JADI SEPERTI "DIMANA ADA GULA,DISITU ADA SEMUT"...SEBENARNYA KALAU IKUT DARI SEGI PANDANGAN SAYA SEBAGAI SEORANG MAHASISWA, KAMI MEMILIH POLITIK YANG BERTERASKAN AJARAN ISLAM YANG SEBENAR..IA TIADA PERCANGGAHAN DENGAN MANA-MANA PIHAK SEBAB POLITIK YANG SEBENAR HANYA DATANG DARI AJARAN ALLAH DAN RASUL-NYA SAHAJA...YANG MANA TIADA UNSUR-UNSUR YANG BOLEH MERAGUKAN JIKA MENGIKUT DALAM KONTEKS MAQASID SYARIAH..DAN TIADA KAITAN DENGAN MANA-MANA PEMIMPIN YANG ADA ATAU SEDANG BERTELAGAH SEKARANG INI....YANG PASTI BAGI KAMI..MANA-MANA PEMIMPIN YANG MEMERINTAH ATAS DASAR ILMU AGAMA ALLAH...ITULAH PILIHAN KAMI..(ISLAM UNTUK SEMUA)..TOLONG JANGAN MEMPERTIKAIKANNYA KERANA KEFAHAMAN SAYA INI ADALAH SEBAGAI SEORANG PELAJAR AWAM DI IPT SAHAJA..SAYA MELIHAT PADA APA YANG DIPERKATAKAN BUKAN MELIHAT PADA SIAPA YANG BERKATA...YANG PASTI...ULAMAK ISLAM KITA HARUS SERTA WAJIB MENGHORMATI...SEKIAN(-_-')

Friday 8 July 2011

CanTik itU MudAh & mUngKiN JuGa MurAh...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani ...
Mendengar kata cantik, mungkin secara langsung kita membayangkan susuk tubuh yang  tinggi dan langsing, berkulit halus lembut, dan memiliki wajah seindah purnama. Laksana model iklan kosmetik di televisyen.

Berjuta-juta perempuan dengan wajah yang menarik dan menggoda mencuba kosmetik tersebut. Apalagi ruangan iklan sering menggambarkan begitu banyaknya lelaki tampan tertarik padanya. Secara tak langsung iklan tersebut berkempen; seperti inilah perempuan idaman lelaki.

Kebanyakan orang menilai cantik atau tidaknya perempuan hanya dari fizikal semata-mata. Dan beruntunglah mereka yang dianugerahi rupa seindah mutiara. Tapi, bagaimana dengan mereka yang punya jasmani ala kadar? Biarpun mereka sudah menggunakan kosmetik yang mahal, pasti tetap sukar untuk menandingi perempuan yang sejak lahir lagi sudah cantik.

Ada cara yang mudah dan murah untuk membuat perempuan cantik, meskipun secara fizikal mereka kurang menarik. Yang pertama kali harus dilakukan adalah mendefinisikan kembali makna cantik tersebut. Cantik bukan masalah fizikal semata-mata. Kecantikan sejati juga boleh diraih dengan mengertikan kecantikan sebagai berikut:

1. Kecantikan perempuan ada dalam iman taqwanya yang menyejukkan mata kaum lelaki....

Seorang perempuan yang menghias jasmaninya dengan iman dan taqwa akan memancarkan cahaya syurga. Dengan kepatuhannya menjalankan ibadah, ia akan terpesona.Yang Maha Kuasa akan memberikannya kecantikan abadi, daya tarikan semula jadi. Tidak perlu kosmetik, minyak wangi atau penampilan yang berlebihan, lelaki pasti tetap akan tertarik padanya.

2. Kecantikan perempuan ada pada kehangatan sikapnya yang mampu menggetarkan naluri dan kecintaan seorang jejaka...

Secara umum lelaki memang akan tertarik terhadap perempuan yang bagus fizikalnya. Tapi penarikkan itu tak kekal, akan menyebabkan lelaki bosan. Kehangatan kasih sayang dan cinta kasih yang tuluslah yang akan membuat si jejaka tenang berada di sisinya. Tak dapat nak melupakannya.

3. Kecantikan Perempuan ada pada kelembutan sikapnya ...

Kelembutan bukan bererti lembut dan manja. Kelembutan seperti roti. Meskipun sedikit, tapi mengenyangkan. Dari kilang roti manapun roti berasal, ia tetap lembut. Jadi perempuan dari suku manapun akan tetap lembut, pada pasangannya, pada anak-anaknya. Asalkan ia mahu berusaha untuk berubah.

4. Kecantikan perempuan berada dalam pandangannya yang teduh dan suaranya yang hangat...

Walau mata tak seindah bintang kejora, setiap perempuan mampu memiliki mata embun. Teduh. Sejuk. tidak penuh emosi. Menyingkapi tingkah laku sekitarnya secara bijak. Ia selalu berprasangka baik. Perkataannya bukan pisau yang menikam. Perkataannya adalah bara yang menyalakan semangat di dada. Tak ada kata sia-sia yang terucap dari bibirnya.

5. Kecantikan perempuan berada dalam senyumannya yang menambah kecantikannya dan membuat gembira hati orang yang melihatnya...

Senyum adalah sedekah. Murah senyum tanpa bermaksud menggoda apalagi berlebihan boleh membuat wajah indah. Meskipun berwajah rupawan, tapi jika malas tersenyum, hanya aura negatif yang akan ditangkap oleh orang-orang di sekitarnya

6. Kecantikan perempuan berada pada kecerdikkannya....

Ukuran kecerdikkan bukan pada gelaran sarjananya atau di mana saja ia pernah menuntut. Banyak ilmu-ilmu yang boleh dipungut dari pelbagai tempat, yang menjadikan seseorang perempuan itu menjadi cerdas. Kehidupan adalah sekolah yang tak pernah tamat sebelum ajal menjelang. Tidak ada sekolah untuk menjadi isteri yang baik. Tidak ada universiti yang melahirkan ibu yang baik. Ruang dan waktulah yang akan menempa perempuan mejadi isteri dan ibu yang baik.

7. Kecantikan perempuan berada pada seberapa jauh pengetahuan dalam tanggungjawabnya terhadap keluarga, rumah, anak-anak , masyarakat dan umat manusia...

Perempuan adalah sekolah pertama bagi anak-anaknya. Seberapa jauh pengetahuan seorang perempuan akan terlihat dari tingkah laku keluarganya. Ia selalu berusaha menjadi orang yang bermanfaat bagi sekitarnya. Mengambil peranan penting dalam rangka memperbaiki lingkungan. Lihatlah lelaki-lelaki yang berjaya di ibu kota. Disebalik kejayaannya, pasti ada perempuan yang setia menemani. Menjadi pendukung nombor satu, tempat kembali saat sang pahlawan telah habis berjuang.

8. Kecantikan perempuan berada pada kemampuan dan keinginannya untuk memberi...

Orang boleh miskin harta, tapi ia juga kaya hati. Selalu memberi, tanpa mengharap balasan yang setimpal. Ia senang ketika orang lain senang. Ia sedih ketika orang lain sedih. Kemurahan hatinya membuat wajahnya bersinar. Membuat ia selalu dirindukan, meskipun susuk tubuhnya sekadar yang biasa saja.

Mungkin masih banyak kecantikan lain yang terlepas pandang.
Tapi dengan kecantikan-kecantikan ini, perempuan manapun boleh tampil memikat. Mudah caranya, murah pelaksanaannya.

Satu hal yang paling penting, kecantikan-kecantikan ini sifatnya abadi. Akan dikenang meskipun si perempuan telah tiada. Tidak seperti kecantikan lahiriah yang sementara. Setelah tua, ketika senja menyapa, ia tak menarik lagi. Manakah yang akan Anda pilih? Kecantikan sementara atau kecantikan abadi?

insya-Allah bermanfaat dan penuh Keberkatan dari Allah.....

AkAL YanG NipiS sEPerti biLaHan RamBut tEbalKanNya DenGaN LimPaHAn iLmU

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa wanita hati, fikiran, perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala galanya.

Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap merindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri.
Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tidak mungkin mampu hendak meluruskan mereka.

Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah, kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh-Nya.
Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya.

JANGAN CUBA TUNDUKKAN MEREKA DENGAN HARTA,
NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR.
JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN,
NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA.
Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, disitulah kuncinya.

AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU.
HATI SERAPUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN.
PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK.

Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak penilaian dan keadilan Tuhan.
Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau women gladiator.
Bisikkan ke telinga mereka bahwa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki wajah : negarawan, karyawan, jutawan dan " wan-wan" lain. Tidak akan lahir superman tanpa superwoman.
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan.
Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan saja tidak boleh diluruskan, malah silap2 mereka pula yang terbengkok.

LEBIH banyak LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN
DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI.
SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI

Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja banyak bos telah kehilangan setiausaha, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puterinya.
Bila wanita durhaka dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rusaklah jantung, hati dan limpa.
Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan.

Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah PIMPINLAH DIRI SENDIRI DAHULU KEPADANYA. Tundukkan diri dengan Allah, nescaya akan tunduklah segala-galanya dibawah pimpinan kita.

JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH,
KALAU PRIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYIDINA ALI..

SumBer: i <3 Allah s.w.t & Prophet Muhammad s.a.w

Tuesday 5 July 2011

AmAnAh itU BerAt.......

Rasulullah saw. bersabda, “Tiada iman pada orang yang tidak menunaikan amanah; dan tiada agama pada orang yang tidak menunaikan janji.” (Ahmad dan Ibnu Hibban)

       Amanah adalah kata yang sering dikaitkan dengan kekuasaan dan materi. Namun sesungguhnya kata amanah tidak hanya terkait dengan urusan-urusan seperti itu. Secara syar’i, amanah bermakna: menunaikan apa-apa yang dititipkan atau dipercayakan. Itulah makna yang terkandung dalam firman Allah swt.: “Sesungguhnya Allah memerintahkan kalian untuk menunaikan amanah-amanah kepada pemiliknya; dan apabila kalian menetapkan hukum di antara manusia hendaklah kalian menetapkan hukum dengan adil.” (An-Nisa: 58)

       Ayat di atas menegaskan bahwa amanah tidak melulu menyangkut urusan material dan hal-hal yang bersifat fisik. Kata-kata adalah amanah. Menunaikan hak Allah adalah amanah. Memperlakukan sesama insan secara baik adalah amanah. Ini diperkuat dengan perintah-Nya: “Dan apabila kalian menetapkan hukum di antara manusia hendaklah kalian menetapkan hukum dengan adil.” Dan keadilan dalam hukum itu merupakan salah satu amanah besar.

       Itu juga diperjelas dengan sabda Rasulullah saw., “Setiap kalian adalah pemimpin dan karenanya akan diminta pertanggungjawaban tentang kepemimpinannya. Amir adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban tentang mereka. Lelaki adalah pemimpin di tengah keluarganya dan ia akan diminta pertanggungjawaban tentang mereka. Seorang wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan atas anak-anaknya dan ia akan diminta pertanggungjawaban tentangnya. Seorang hamba adalah pemimpin atas harta tuannya dan ia akan diminta pertanggungjawaban tentang itu. Dan setiap kalian akan diminta pertanggungjawaban tentang kepemimpinannya.” (Muttafaq ‘Alaih)

      Dan Allah swt. berfirman: “Sesungguhnya Kami menawarkan amanah kepada langit, bumi, dan gunung-gunung. Namun mereka menolak dan khawatir untuk memikulnya. Dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zhalim lagi amat bodoh.” (Al-Ahzab 72)

      Dari nash-nash Al-Qur’an dan sunnah di atas nyatalah bahwa amanah tidak hanya terkait dengan harta dan titipan benda belaka. Amanah adalah urusan besar yang seluruh semesta menolaknya dan hanya manusialah yang diberikan kesiapan untuk menerima dan memikulnya. Jika demikian, pastilah amanah adalah urusan yang terkait dengan jiwa dan akal. Amanah besar yang dapat kita rasakan dari ayat di atas adalah melaksanakan berbagai kewajiban dan menunaikannya sebagaimana mestinya.

Amanah dan Iman

      Amanah adalah tuntutan iman. Dan khianat adalah salah satu ciri kekafiran. Sabda Rasulullah saw. sebagaimana disebutkan di atas menegaskan hal itu, “Tiada iman pada orang yang tidak menunaikan amanah; dan tiada agama pada orang yang tidak menunaikan janji.” (Ahmad dan Ibnu Hibban)

      Barang siapa yang hatinya kehilangan sifat amanah, maka ia akan menjadi orang yang mudah berdusta dan khianat. Dan siapa yang mempunyai sifat dusta dan khianat, dia berada dalam barisan orang-orang munafik. Disia-siakannya amanah disebutkan oleh Rasulullah saw. sebagai salah satu ciri datangnya kiamat. Sebagaimana disampaikan Abu Hurairah –semoga Allah meridhainya–, Rasulullah saw. bersabda, “Jika amanah diabaikan maka tunggulah kiamat.” Sahabat bertanya, “Bagaimanakah amanah itu disia-siakan, wahai Rasulullah?” Rasulullah saw. menjawab, “Jika suatu urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kehancuran.” (Al-Bukhari)

Macam-macam Amanah

       Pertama, amanah fitrah. Dalam fitrah ada amanah. Allah menjadikan fitrah manusia senantiasa cenderung kepada tauhid, kebenaran, dan kebaikan. Karenanya, fitrah selaras betul dengan aturan Allah yang berlaku di alam semesta. Allah swt. berfirman: “Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): “Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Mereka menjawab, “Betul, (Engkau Tuhan kami) kami menjadi saksi.” (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: “Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan).” (Al-A’raf: 172)

      Akan tetapi adanya fitrah bukanlah jaminan bahwa setiap orang akan selalu berada dalam kebenaran dan kebaikan. Sebab fitrah bisa saja terselimuti kepekatan hawa nafsu dan penyakit-penyakit jiwa (hati). Untuk itulah manusia harus memperjuangkan amanah fitrah tersebut agar fitrah tersebut tetap menjadi kekuatan dalam menegakkan kebenaran.

      Kedua, amanah taklif syar’i (amanah yang diembankan oleh syari’at). Allah swt. telah menjadikan ketaatan terhadap syariatnya sebagai batu ujian kehambaan seseorang kepada-Nya. Rasulullah saw. bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menetapkan fara-idh (kewajiban-kewajiban), maka janganlah kalian mengabaikannya; menentukan batasan-batasan (hukum), maka janganlah kalian melanggarnya; dan mendiamkan beberapa hal karena kasih sayang kepada kalian dan bukan karena lupa.” (hadits shahih)

      Ketiga, amanah menjadi bukti keindahan Islam. Setiap muslim mendapat amanah untuk menampilkan kebaikan dan kebenaran Islam dalam dirinya. Rasulullah saw. bersabda: “Barangsiapa yang menggariskan sunnah yang baik maka dia mendapatkan pahalanya dan pahala orang-orang rang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahalanya sedikit pun.” (Hadits shahih)

      Keempat, amanah dakwah. Selain melaksanakan ajaran Islam, seorang muslim memikul amanah untuk mendakwahkan (menyeru) manusia kepada Islam itu. Seorang muslim bukanlah orang yang merasa puas dengan keshalihan dirinya sendiri. Ia akan terus berusaha untuk menyebarkan hidayah Allah kepada segenap manusia. Amanah ini tertuang dalam ayat-Nya: “Serulah ke jalan Rabbmu dengan hikmah dan nasihat yang baik.” (An-Nahl: 125)

Rasulullah saw. juga bersabda, “Jika Allah memberi petunjuk kepada seseorang dengan usaha Anda, maka hal itu pahalanya bagi Anda lebih dibandingkan dengan dunia dan segala isinya.” (al-hadits)

      Kelima, amanah untuk mengukuhkan kalimatullah di muka bumi. Tujuannya agar manusia tunduk hanya kepada Allah swt. dalam segala aspek kehidupannya. Tentang amanah yang satu ini, Allah swt. menegaskan: “Allah telah mensyariatkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wahyukan kepada Ibrahim, Musa, dan Isa, yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kalian berpecah-belah tentangnya.” (Asy-Syura: 13)

      Keenam, amanah tafaqquh fiddin (mendalami agama). Untuk dapat menunaikan kewajiban, seorang muslim haruslah memahami Islam. “Tidaklah sepatutnya bagi orang-orang yang beriman itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama.” (At-Taubah: 122)

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang shalih bahwa dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.” (An-Nur: 55)


Sumber : http://www.dakwatuna.com/2007/amanah/

MusiBah dAri AllaH...TanDa PeringAtaN & KasiH sAyAng-Nya unTuk KitA SemUa...

     Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup di dunia yang sementara ini. Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.
    Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah SWT kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya, mungkin ada sahabat-sahabat kita atau saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.
    Bukankah, Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
   Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
   Alihkan pandangan matamu ke arah laut, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih, alihkan pandanganmu ke arah langit, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.
   Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? Berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah SWT.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.
    Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.
   Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.
   Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah SWT sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

SUMBER: I LUV ISLAM.COM

SuSaH AtAu SeNaNG SeorAng LElaKi yAng BergeLar SuAmi.....

     Suatu petang yang hening lagi mendamaikan. Seorang abang dan adiknya berbual-bual panjang setelah begitu lama tidak bertemu. Maklumlah, kedua-duanya sibuk dengan pengajian masing-masing.
     Dikesempatan ini mereka berbincang sesuatu yang bernada serius tetapi penuh dengan suasana harmoni.
"Abang rasakan, mudah sahaja untuk menjadi seorang suami," kata abangnya.
"Eh, kenapa abang cakap macam tu?," soal adiknya sedikit gusar.
"Mudahnya menjadi suami, jika kita buat persiapan dan persediaan," lanjut abangnya.
"Dan, yang menjadikan ia sesuatu yang sukar, payah dan membebankan apabila kita tidak bersedia dan bersiap dari segala perkara," tambah abangnya lagi.
    "Ooo.. kalau kita bersedia memanglah abang, macam kita masuk exam la. Bagi saya bang, sebenarnya hendak melakukan persiapan dan persediaan itu yang susah. Ramai di kalangan kita hari ini melangkah ke alam rumah tangga tanpa persediaan dan persiapan yang rapi," adiknya berbual panjang mengulas seakan-akan berminat dengan tajuk yang diperbincangkan.
"Tapi, apa yang sebenarnya yang perlu kita persiapkan?," persoalan itu bermain-main di fikiran abangnya.
    "Ha'a la, apa yang penting, segera dan utama?," tambah adiknya.
Saya yakin, setiap daripada kita mempunyai hasrat, keinginan dan berhajat untuk menjadi suami. Suami kepada seorang wanita dan gadis yang bergelar isteri.
Begitu juga bagi yang wanita – baik puteri-puteri manis, siswi-siswi dan nisa'-nisa' sekalian – menyimpan impian untuk memegang takhta sebagai seorang permaisuri di hati seorang insan yang bergelar lelaki. Ya, menjadi seorang isteri kepada seorang suami.
"Dan, kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) di kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui."
 
Suami
    Menjadi seorang suami adalah satu amanah, tanggungjawab dan bebanan yang sangat berat dan sangat-sangat penting. Saya teringat kata-kata seorang doktor perubatan dalam ceramahnya :
"Jatuh bangun sebuah keluarga, terletak sepenuhnya di atas pundak (bahu) seorang lelaki, suami dan ayah!."
    Apabila mendengar ungkapan ini, seram sejuk saya dibuatnya. Beratnya, menjadi seorang suami. Harus mengalas dan memikul amanah yang tersangat berat. Perlu mendidik, membimbing dan menunjuk ajar isterinya. Dan, sekiranya dizinkan Allah S.W.T suami juga akan menjadi ayah yang akan membesarkan, memberi nafkah dan memberikan pendidikan kepada anak-anaknya.
   Sinisnya, ramai yang bersegera ingin menjadi suami dan ingin secepat yang mungkin untuk melangsungkan perkahwinannya, tetapi ramai yang tidak pernah terfikir untuk mempersiapkan diri untuk menjadi suami. Suami yang baik, terbaik dan bersiap sedia!
   Saya tiada apa sangat yang ingin dikongsikan, cuma ingin mengajak sama-sama kita semak dan menilai apakah sebenarnya persiapan untuk menjadi seorang suami. Anda ingin menjadi suami atau tidak? Jika berhajat, ayuh sama-sama kita lihat dan semak diri kita. Bersedia atau belum?


3 Perkara Asas
    Semasa bermusafir dengan murabbi saya, saya bertanyakan kepadanya apakah persediaan dan persiapan yang perlu kita lakukan sebelum melangkah ke alam perkahwinan? Beliau, memetik panduan yang diberikan oleh Hisyam al- Awadi bahawa kita perlu bersiapkan kepada 3 perkara asas sebelum mendirikan rumah tangga.[3]
 

01. Pertamanya, ialah mengenal dan mendalami ilmu Deen. Kita benar-benar mendalami aspek keagamaan kita meliputi semua aspek seperti keimanan, ketaqwaan, akhlak, muamalat dan perkara-perkara yang akan menjadikan kita sebagai seorang muslim muslimah yang sejati.


02. Keduanya, ialah mengenali dan mengetahui perbezaan antara lelaki dan perempuan. Mengetahui dengan jelas, siapakah sebenar lelaki dan siapakah sebenarnya perempuan. Memahami dan mengetahui secara umum mengenai perbezaan antara kedua-dua psikologinya dan corak kehidupannya.

03. Ketiganya, mengetahui apa itu Baitul Muslim daripada pelbagai sudut dan aspek. Menuntut banyak buku dan kitab berkaitan baitul muslim bermula daripada proses pemilihan calon isteri sehingga belajar bagaimanakah kehidupan baitul muslim yang diredhai oleh Allah S.W.T.


Persiapan, persediaan dan perapian

      Saya kongsikan beberapa panduan, tips dan ilmu berkaitan hal ini berdasarkan perkongsian saya bersama mereka yang lebih arif, berilmu, pakar dan berpengalaman. Semoga Allah merahmati mereka. Insya-Allah.
Bakal-bakal suami harus bersiap sedia, meletakan mind setting dan perlu paksa diri untuk menjadi suami yang :


01. Mampu menjadi Imam kepada isteri dan rumahtangganya.
(a) Pemimpin keluarga iaitu kepada isteri dan anak-anaknya. Ia bertanggungjawab sepenuhnya terhadap mereka.
     Mampu membuat pemilihan dalam soal kehidupan, mempunyai kemahiran untuk berbincang dan membuat keputusan dan sanggup berkorban. Eh, bagaimana hendak belajar ini jika belum berkahwin? Murabbi saya sebut, kita sudah boleh belajar soal ini dalam kita menjalinkan persaudaraan dan persahabatan. Di dalamnya, begitu banyak ibrah dan iktibar yang kita boleh belajar.


(b) Mampu menjadi Imam solat berjemaah di dalam rumah tangganya. Ini penting, kerana rumah tangga yang diberkat oleh Allah S.W.T adalah rumah tangga yang di dalamnya ada nilai-nilai keagamaan antaranya ialah selalu mendirikan Solat bersama dan berjemaah. Harus selesai dalam soal bacaan al-Quran sebelum berkahwin. Surah al-Fatihah telah diperdengarkan bacaannya di hadapan ustaz-ustaz yang berkelayakan dan lulus bacaannya.
     Banyak menghafal al-Quran sebagai pedoman dan kekuatan untuk jiwa dan hati. Semua ini harus diselesaikan sebelum mendirikan rumah tangga. Anda bagaimana?


(c) Pembimbing isteri yang bijak, lemah lembut dan bertoleransi. Mendidik isteri adalah tanggungjawab suami sepenuhnya. Suami perlu tahu secara teori teknik-teknik mendidik, keseniaannya, kaedah-kaedahnya, cara-cara perlaksanaannya, menegur dan menasihatinya dengan mencontohi Rasulullah S.A.W.


(d) Seorang lelaki yang kuat tarbiyah ruhaniyahnya. Ini kerana seorang lelaki yang akan mengemudi rumah tangga sangat-sangat berhajatkan kepada kekuatan roh yang tinggi untuk sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan yang akan menimpanya dalam bentuk ujian dan cabaran. Al-Quran, al-Mathurat, Zikrullah dan solat sunatnya harus dilakukan secara konsisten.
     Hal agama ini juga harus menjadi perkara asas dan agenda utama kepada kaum lelaki untuk memperdalaminya. Ia ibarat maruah kita. Jangan sehingga satu tahap, kita yang menolak isteri kita ke depan untuk mengimami solat kita!
     Tanya diri anda, sebelum berkahwin. Adakah aku ini sudah biasa menjadi imam dalam solat? Perhatikan betul-betul perkataan saya, sudah biasa. Bukannya – pernah ya.
     Saya pernah jadi Imam. Bukan yang itu, TETAPI saya biasa menjadi Imam.
Ya, itulah maksud saya. Kita sudah membiasakan diri kita mengimamkan solat berjemaah dan perkara ini tidak akan berlaku kecuali kita ini adalah mereka yang mementingkan solat berjemaah, merupakan ahli surau atau masjid dan sangat-sangat mencintai amal ibadah.


02. Mampu menjadi manager atau pengurus rumahtangga
     Suami harus berkemampuan mengurus rumah tangga dengan bijak, cermat dan berhemah. Kemahiran pengurusan harus digilap dan dikembangkan dari semasa ke semasa. Antara kemahiran yang perlu dipelajari ialah kemahiran pengurusan kewangan, pengurusan tekanan, pendidikan kejiwaan, kemahiran komunikasi, kemahiran berbincang, mampu menghadapi konflik, mampu menjaga perhubungan, mengetahui perundangan institusi kekeluargaan, tahu untuk hidup berkeluarga secara sihat dan berkemahiran dalam membuat keputusan.
     Perkara ini tersangat penting. Saya lihat ramai yang ingin berkahwin, tetapi gagal dalam soal mempersiapkan diri untuk menjadi pemimpin dan pengurus. Inilah antara kepincangan dan dilemma yang berlaku kepada para pengantin baru.
     Sehinggakan, ada dikalangan kita (siapa?) begitu kekok untuk mengurus hal-hal yang mudah seperti membayar bil elektrik, mengurus hal berkaitan urusan kehidupan di kaunter bank dan sebagainya. Kerana apa? Kerana semasa muda tidak pernah cuba untuk belajar dan melakukanya. Ayuh, kita ringankan diri menerokai perkara-perkara ini di awal usia peringkat keremajaan kita. Anda mampu mengubahnya.

03. Menjadikan rumahtangga sebagai daya motivasi, pendorong dan kekuatan untuk menggapai kejayaan di dalam kehidupan.

    Hal ini harus bermula dengan visi serta misi yang ditetapkan secara bersama oleh suami dan isteri. Perkara ini boleh dibincangkan secara serius apabila berumah tangga kelak, cuma saya pernah diingatkan oleh seorang murabbi bahawa rumah tangga ini adalah anak tangga kedua untuk sama-sama mencapai cita-cita pembangunan Islam dalam kehidupan ini.
    Perkara terpenting juga ialah, mendirikan rumah tangga ini adalah bertujuan untuk mempertingkatkan keimanan kita kepada Allah S.W.T. Inilah asas yang utama dan terpenting. Bersama pasangan mengharungi arus kehidupan dengan ketabahan, kesabaran dan keazaman yang tinggi. InsyaAllah.

04. menjadi suami tidak lengkap jika tidak melakukan persiapan untuk menjadi seorang bapa atau ayah.

    Saya masih ingat, seorang sahabat saya ketika beliau mula-mula menyatakan hasratnya untuk berkahwin kepada ayahnya. Lantas ayahnya bertanya :
"Sebelum berkahwin ini, ayah hendak tanya. Dah habis baca buku Tarbiyatul Aulad ( Pendidikan anak-anak)?"
    Terkedu sahabat saya. Ke situ pula ayahnya bertanya. Kenapa ayahnya bertanyakan soalan sedemikian? Ia adalah berkaitan persoalan persediaan, persiapan dan mind setting untuk melihat bahawa perkahwinan ini bukalah sesuatu yang kecil.
    Untuk yang berhajat berkahwin, kita harus melihat ke hadapan dan berpandangan jauh. Sekurang-kurangnya, kita melangkah ke alam perkahwinan dengan jiwa yang bersedia dan sudah mengetahui ujian-ujian dan cabarannya.
   Mereka yang berjiwa besar, akan melakukan persiapan sebelum menempuhi jalan yang akan dilaluinya kerana mereka sudah mengetahui halangan-halangan di hadapan.
Alah, nanti bila dah kahwin kita mulakanlah...
   Jika ayat ini yang terpacul keluar dari mulut kita, berwaspadalah. Kita sebenarnya, adalah seorang yang tidak berhajat untuk benar-benar mendirikan rumahtangga. Bermain-main dalam soal perkahwinan, bererti kita sudah meruntuhkannya sebelum berkahwin.
  Dalam soal ini, ramai yang mengesyorkan kepada saya agar banyak membaca buku-buku yang berkaitan, antaranya :

(1) Buku Pemantapan Jatidiri Muslim, tulisan ulama muktabar seperti Apa Ertinya Saya Menganut Islam? Oleh Fathi Yakan, Keperibadian Mukmin oleh Ali al- Hashimi, Menuju Ketakwaan oleh Mustafa Masyhur dan banyak lagi.


(2) Perkongsian pengalaman dalam mendirikan rumah tangga boleh kita kutip dan timba daripada mereka yang lebih arif, berpengalaman dan telah lama mendirikan rumah tangga. Banyakan sesi perbincangan, sembang-sembang dan kutiplah rahsia pengalaman mereka. Mungkin kita jadikan ibu bapa kita sebagai tempat rujuk dalam soal sebegini. Perbincangan yang terbuka sangat diperlukan bagi memudahkan proses pembelajaran berkaitan pembinaan bahtera rumahtangga. Buku yang baik, saya cadangan tulisan Ustaz Hasrizal Mohd Jamil, Buku Aku Terima Nikahnya dan sebagainya.


(3) – Buku yang baik untuk mengetahui perbezaan psikologi antara lelaki dan wanita tulisan John Gray, Men Are From Mars, Women Are From Venus. Selain itu boleh harmonikannya dengan ceramah-ceramah dan tulisan-tulisan yang disampaikan oleh ulama muktabar yang anda kenali. Insya-Allah


(4)- Buku berkaitan pendidikan anak-anak. Harus baca dan dapatkan gambaran awal ialah Tarbiyatul Aulad oleh Abdullah Nasih Ulwan. Buku yang sangat bagus untuk ditelaahi. Insya-Allah.

 KOmeNtAr:

(1)- Persiapan, persediaan dan perapian sebelum melangkah ke alam perkahwinan harus dilihat secara serius, menyeluruh dan penting. Ini yang utama, persiapannya. Jika anda telah bersiap, insyaAllah kita akan melangkah dengan langkahan penuh keyakinan, kebergantungan dan kepasrahan kepada Allah SWT.

(2)- "We get married, to increase our Iman," : Slogan ini harus dibumikan. Perkahwinan adalah sebuah perjalanan untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Kayu ukur yang diletakan dalam sebuah perkahwinan yang barakah, mawadah dan rahmah.


(3)- Menjadi suami begitu sukar, jika kita menempuhinya tanpa apa-apa persediaan dan persiapan. Seharusnya, kita sudah meletakan diri dalam lingkungan bersedia dengan ilmu, proses pendidikan diri dan berusaha meningkatkan amalan harian tanpa jemu dan bosan.


(4)- Bagi saya, menjadi seorang suami itu amat sukar jika kita tidak punyai hasrat, tekad dan usaha untuk memperbaiki diri dan melakukan perubahan. Bak kata orang, perkahwinan ini adalah turning point berubah dalam hidup. Ayuh kita lakukan perubahan dengan berkahwin!

SUMBER: I LUV ISLAM.COM

AntArA PerSaHAbaTan..hAti & KepeRcaYaAN...

kenapa aku sangat2 pentingkan persahabatan,hati & kepercayaan?
kerana itu sajela PAKEJ yang aku ada untuk terus bersemangat dalam meneruskan perjuangan hidup selepas lebih 10 tahun ayah aku dah xda kt dunia ni,nak harapkan PAKEJ2 lain,boleh mimpi jela,semua pakej RUPA,HARTA,NAMA,PANGKAT dah memang confirm2 la aku FAILED,aku terima semua orang yang nak berkawan dengan aku selagimana orang boleh faham dengan prinsip aku dalam nak berkawan macamana,aku xpernah terlintas nak control kawan2 aku dalam nak wat pe2 pun selagimana depa xmelampaui batas syariat,kalau aku boleh belajar macamna nak mempercayai kawan,aku nak jugak kawan2 yang boleh percaya & harapkan aku..cukuplah sekali pengalaman dimasa lampau aku xreti macamana nak berkawan,bila dah mula belajar nak berkawan,Allah uji aku pula pada waktu tu..perghh...memang sakit dan perit sangat2 masa tu..tapi alhamdulillah,rupa2nya ujian Allah yang dulu tu ada hikmahnya,aku dah boleh terima semua kawan2 sekarang ni,malah lebih dari jangkaan aku,mana taknya semua yang nak berkawan dengan aku semuanya comel & cantik2 belaka..bukan takat tu je..kebanyakan yang jadi kawan aku ni juga ada yang lebih baik & faqih dalam ilmunya..alhamdulillah...aku tak pernah duga semua itu aku akan dapat & miliki..kerana semuanya adalah kurniaan dari Allah kepada aku..aku selalu bermuhasabah diri dan tak pernah lupa untuk bersyukur padaNya sebab aku sedar diri aku ni xlayak untuk mendapat semua anugerah tu..memang nikmat Allah tiada batasanNya..alhamdulillah sangat2.. memang benar firman Allah..Dia mengambil sesuatu untuk menggantikan dengan yang lebih baik lagi..tapi tulah...setiap anugerah kesempurnaan yang Allah berikan...pasti akan teruji dan diduga..kebanyakan orang terutama kaum lelaki teringin nak berkawan dengan aku hanya sebab aku punya ramai kawan2 yang cantik dan comel..bagi yang kebanyakan perempuan pula ada yang berkawan dengan aku hanya untuk meng'INTRFRAME' & mem'BLAME'kan aku untuk menutup segala kesalahan mahupun masalah yang depa sendiri buatkan..tapi jangan ingat aku senang dan mudah ja untuk depa permain dan pergunakan..memang satu kesilapan besar kalau ada pihak yang membuat andaian yang macamtu..bukan bermakna aku suka cari gaduh..cuma aku nak pertahankan apa yang benar dan sebenarnya berlaku..aku takkan suka2 ja cari gaduh & sakitkan hati orang kalau keadaan xmemaksa dan mendesak aku..DULU mungkinlah aku memang seorang yang penakut & senang je untuk orang lain pijak kepala aku ni tapi tidak yang SEKARANG ni..segala kelemahan2 aku yang lalu,sedikit demi sedikit aku dah cuba perbaiki dan makin diperbaiki..aku terima segala kritikan dan nasihat dari kawan2 yang betul2 memang kawan aku..bukan dari kawan2 aku yang hipokrit semata2..selagi aku berada dipihak yang benar selagi itu aku akan suarakan demi menegakkan kebenaran..dan mungkin sebab dari perubahan yang aku nak cuba wat dalam diri aku ni kot yang orang nampak aku dah jadi makin garang & agresif sekarang ni...maaf andai ada pihak yang xdapat menerima keadaan sebenar perubahan dalam diri aku ini..tapi inilah aku..aku terpaksa bertindak untuk berubah ke arah yang lebih positif tapi xsangka pula bleh jadi terlebih agresif & sangat2 la garang..aku terpaksa melakukan perubahan ini sebab aku perlu PROTECT kawan2 perempuan aku yang lain dari dipermainkan oleh mana2 lelaki..dalam masa yang sama jugak aku perlu PROTECT diri aku sendiri dari jadi alat untuk dipergunakan oleh mana2 pihak...bagi aku...lantak la orang nak menilai macamana pun tentang diri aku ni...kerana yang lebih pasti...aku nak lebih utamakan pemerhatian dan pandangan Allah terhadap diri aku yang penuh hina dan kerdil dihadapanNya...

"LIHATLAH KAMU PADA APA YANG DIPERKATAKAN DAN JANGANLAH KAMU MELIHAT PADA SIAPA YANG BERKATA"

"SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MELIHAT PADA RUPA DAN HARTA KAMU...AKAN TETAPI ALLAH MELIHAT PADA HATI DAN SEGALA AMALAN KAMU...."

"SUPAYA KAMU SEMUA DAPAT BERFIKIR..........."



SeDerHanA Di DuniA........RatU CanTik di AkhIRat.....

Kepada anda semua yang bergelar wanita muslimah,
         Jujur dari hati kalian, apakah sebenarnya nilai dan erti sehelai tudung yang berada di kepala anda sekarang ini? Adakah sekadar mengikut trend atau anda benar-benar ikhlas untuk melaksanakan hukum Allah?
        Dunia ni pelik, ramai yang bertudung namun cara berpakaian masih tidak mengikut hukum syara'. Ada yang bertudung litup tetapi memakai kain terbelah. Jika di universiti dahulu saya dan rakan-rakan memanggil pakaian sedemikian sebagai pakaian halal haram. Kenapa? Ini kerana kami melihat setiap kali si pemakai melangkah pasti akan terlihat sebentuk kaki hingga ke paras peha dan sekiranya si pemakai berdiri tegak, kaki yang tadinya kelihatan sudah tidak kelihatan kerana tertutup disebalik kain belah.
        Tidak kurang juga, ada yang memakai tudung tetapi memakai baju lengan pendek, baju ketat, baju jarang, kain pendek dan macam-macam lagi trend yang sungguh 'unik'. Unikkah? Atau...
Yang lebih menghairankan lagi, wujud pula program-program ala ratu cantik untuk wanita bertudung. Objektifnya mungkin bagus kerana hendak membuktikan bahawa wanita bertudung (muslimah) juga setanding dengan wanita-wanita lain dari segi personaliti akan tetapi adakah program-program tersebut dibenarkan dalam Islam?
        Jika diteliti, program-program tersebut tidak banyak bezanya dengan program ratu cantik yang lain, cuma tidak ada slot bikini. Isi utama penganjurannya masih lagi berkisar tentang fesyen dan lifestyle peserta-peserta.
        Fesyen yang ditonjolkan pula kebanyakannya tidak menepati konsep menutup aurat yang sebenar. Pemakaian tudung yang singkat, baju yang jarang dan mengikut potongan badan dipertontonkan kepada umum sedangkan kecantikan seseorang wanita wajib dipelihara bukan di pertontonkan kepada mata-mata ajnabi. 
        Islam turut mengajar kita untuk bersederhana. Tidakkah pertandingan-pertandingan sebegini hanya akan mengundang riak di hati para peserta?. Riak kerana mungkin ada antara peserta yang merasakan diri mereka terlalu cantik, popular, dikenali ramai dan ayu berbanding wanita-wanita lain yang tidak menyertai pertandingan sebegitu. Walhal mereka tidak sedar bahawa diri mereka sedang diobjekkan oleh manusia-manusia yang tamakkan keuntungan. Jadi, betulkah mereka ini benar-benar cantik?     
       Bertudung itu bererti kita sudah memilih untuk mengikut tuntutan Allah S.W.T iaitu menutup aurat. Apa realistiknya Islam menyuruh wanita menutup aurat? Sudah tentulah kerana Islam menjaga martabat wanita agar sentiasa dipandang tinggi dan mulia. Jika anda diberikan pilihan, memilih antara dua makanan yang sama namun salah satu daripadanya terdedah tanpa penutup dan satu lagi elok bertutup yang mana satu agaknya yang akan anda pilih? Saya pasti anda akan memilih yang berpenutup bukan? Begitu lah juga dengan wanita. Antara yang terdedah auratnya dan yang tertutup auratnya sudah pasti lelaki yang soleh akan bijak menilai permata disebalik kaca-kaca. 
      Disebabkan inilah, Islam tidak membenarkan wanita diobjekkan. Islam mahu wanita berada setaraf dengan lelaki dari segi kualiti kehidupan tanpa perlu berpakaian seksi, namun tidak perlu pula menyerupai lelaki. Tidak salah untuk berpakaian cantik, dan berpesonaliti menarik, kerana itulah fitrah seorang wanita tetapi jangan jadikan keinginan mengatasi batasan syariat yang ditetapkan. 
Kenapa saya katakan wanita sekarang diobjekkan? Baiklah, sekarang ini kita dapat lihat kehebatan seseorang lelaki itu dinilai bukan pada rupanya dan akhlaknya semata-mata, tetapi pada kejayaannya, pangkatnya dan hartanya. Namun, berbeza pula dengan wanita. Kehebatan wanita kerap kali dinilai melalui kecantikannya, rupa parasnya dan penampilannya. Realitinya kalau seseorang wanita itu tidak cantik, gemuk, tidak cerah dan sebagainya, wanita tersebut akan lebih tersisih dan tidak menjadi pilihan majoriti lelaki di luar sana.
     Tidak percaya pada statement ini? cuba fikir kenapa ada perempuan yg sangat cantik sanggup berkahwin dengan lelaki sangat tua dan tidak ada rupa pula tu tetapi kaya raya? Dan, kenapa pula lelaki yang sudah punya isteri yang cukup baik, cantik, taat, tapi masih hendak berkahwin lain kerana perempuan tersebut lagi cantik dan muda? Fikir..fikir..
     Secara analogi, jika suatu objek itu tidak cantik, dan tidak pula menguntungkan, adakah kita mahu memilikinya? Inilah yang saya maksudkan bahawa rata-rata wanita kini telah diobjekkan kerana jika wanita itu tidak cantik, maka dia akan dianggap tidak ada nilai dimata masyarakat secara puratanya, walaupun dalam diri wanita itu masih banyak nilai-nilai murni yg lain. Disinilah terlihatnya keadilan Islam kerana Islam tidak memandang wanita pada aspek kecantikannya sahaja, tetapi Islam melihat wanita berdasarkan akhlaknya, imannya dan budi pekertinya?
    Saudari-saudari sekalian, jika anda fikir anda cantik sesungguhnya masih ramai lagi wanita diluar sana yang lebih cantik daripada anda ditempat lain seperti timur tengah dan sebagainya. Ada antara mereka yang memiliki mata pelbagai warna, hidung yang lebih mancung, kulit yang lebih putih mulus, malah jika kita sendiri melihat kecantikan mereka pasti kita akan menganggap mereka itu jelmaan bidadari, tetapi mengapa ada antara mereka itu memilih untuk tidak mempertontonkan kecantikannya pada umum malah ada yang turut memakai purdah untuk mengelak fitnah? 
    Jika mereka yang secantik itu pun boleh memilih untuk tidak menjadi objek kenikmatan mata-mata lelaki ajnabi, mengapa tidak kita?
    Saya tidak memaksa anda untuk sentiasa berjubah, berpurdah dan berniqab. Cukuplah sekiranya anda meletakkan nilai harga diri anda pada sehelai tudung dikepala anda. Maksudnya, anda tidak menutup kepala anda hanya kerana trend atau sekadar syarat semata-mata. 
    Dunia ini sementara. Di syurga nanti kita akan menjadi sangat cantik, secantik bidadari. Semua yang didalam syurga itu akan memuji kita buat selama-lamanya. Tetapi sebelum itu, kita harus menjaga maruah dan martabat kita di dunia. Fikirkanlah wahai wanita-wanita, kecantikan rupa parasmu adalah hak suamimu yang bertungkus-lumus menjaga dan mencintaimu sahaja. Bagi lelaki pula, kesetiaanmu adalah milik isteri yang sepanjang masa mentaati dan mencintaimu, bukan untuk wanita-wanita yang tiada sebarang ikatan denganmu. Wallahualam.

SUMBER: I LUV ISLAM.COM

Thursday 16 June 2011

DALIL2 KEWAJIPAN MENJALANKAN DAKWAH WALAUPUN DIRI BELUM SEMPURNA..

Imam Said bin Jubair berkata:
"Jika seseorang tidak mahu mengajak kepada yang ma'ruf dan mencegah kemungkaran, sehingga keadaan dirinya sempurna, maka tidak akan adaseorangpun yang akan mengajak kepada yang ma'ruf dan mencegah kemungkaran."

Imam Malik bersetuju dengan kenyataan Imam Said lalu beliau menambah: "Dan siapakah antara kita yang lengkap dan sempurna??"

Imam Hassan Al-Banna berkata:
"Siapakah antara kita yang telah melaksanakan segala yang diserukannya? Syaitan amat menyukai jika manusia terpedaya dengan sikap ini sehingga akhirnya tidak ada sesiapapun yang mahu mengajak kepada yang ma'ruf dan mencegah kemungkaran."

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Barangsiapa antara kamu melihat kemungkaran hendaklah dicegah dengan tangannya, jika tidak mampu hendaklah dicegah dengan kata-katanya dan jika tidak mampu hendaklah dicegah dengan hatinya dan mencegah dengan hati adalah tanda selemah-lemah iman." (HR. Imam Muslim)

Abdullah ibn Mas'ud berkata:
"Binasalah mereka yang tidak dapat membezakan yang makruf dan yang mungkar dengan hatinya."

*Pengabaian dalam melaksanakan amar ma'ruf dan nahi mungkar akan mengundang azab dan siksaan daripada Allah s.w.t.

Oleh itu Allah berfirman dalam surah al-Anfal: 25 yang bermaksud:
"Dan peliharalah dirimu daripada seksaan yang tidak khusus menimpa ke atas mereka yang zalim dari kalangan kamu sahaja. Dan ketahuilah Allah Maha Keras akan siksaannya."

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Zainab binti Jahsy bertanya kepada Nabi, 'Adakah kita akan dimusnahkan sedangkan golongan yang soleh masih ada dalam kalangan kita?' Lalu Nabi menjawab, 'Ya, apabila kekejian berleluasa." (HR. Imam Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang bermaksud:
"Apabila manusia melihat kezaliman dilakukan oleh seseorang yang zalim dan mereka tidak mencegahnya, tidak berapa lama lagi azab daripada Allah akan menimpa ke atas mereka semua." (HR. Imam Tarmizi)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Perumpamaan mereka yang memelihara batas-batas agama Allah dengan golongan yang melanggarnya adalah seperti sebuah kapal yang dipenuhi penumpang pada bahagian atas dan dibawahnya. Golongan yang berada dibahagian bawah, apabila ingin mengambil air terpaksa menaiki bahagian atas kapal bagi mendapatkannya. Akhirnya penumpang pada bahagian bawah berkata,"Alangkah baiknya jika kita tebuk sahaja lantai kapal ini untuk mendapatkan air dan dengan yang demikian kita tidak perlu lagi menyusahkan rakan-rakan kita yang berada dibahagian atas." Jika penumpang-penumpang pada bahagian atas tidak mencegah perbuatan rakan-rakan mereka yang berada dibawah, mereka semua pasti akan tenggelam, jika mereka mencegah, nescaya kesemua mereka akan selamat."

SUMBER RUJUKAN: 
KIT KOMBAT ISLAM UNTUK REMAJA.
DR. DANIAL ZAINAL ABIDIN.

Monday 13 June 2011

KERANA MERASA LEBIH MULIA.....

Kerana kita merasa lebih mulia,
Kita merasa puasa kita lebih sempurna,
Malah memandang rendah pada yang menjamu selera,
Kerana merasa hebat menahan lapar dan dahaga.

Kerana merasa lebih mulia,
Kita merasa tahajjud kita terlalu istimewa,
Malah memandang sinis pada yang sedang lena,
Kerana terasa munajat kita lebih diterima.

Kerana merasa lebih mulia,
Kita bahagia dikelilingi sahabat sefikrah,
Malah memandang rendah pada yang melawan fikrah,
Kerana senang hati punya sahabat yang hadam erti ukhwah.

Oh, kerana merasa lebih mulia,
Kita senang berjalan dilitupi pakaian yang cukup syaratnya,
Malah jelek melihat mereka yang terbuka sana sini,
Kerana kita merasa diri lebih terpelihara.

Kerana merasa lebih mulia,
Kita gembira melaksanakan kerja Islam sepanjang masa,
Malah benci melihat sahabat yang berehat seketika,
Kerana kita merasa diri lebih ikhlas dalam beramal kerana-Nya.

Kerana merasa lebih mulia,
Kita ralit menatap buku tanpa jemu,
Malah jengkel dengan orang yang berhibur tanpa malu,
Kerana merasa ilmu kita sudah menderu-deru.

Kerana merasa lebih mulia,
Kita leka perintah Tuhan yang Berkuasa,
Menjaga hati dari merasa selesa dengan hidup yang sempurna,
Takut-takut kelak kita diheret ke neraka,
hanya kerana ketika didunia,
KIT MERASA LEBIH MULIA..

Renung-renungkanlah...janganlah kita terlalu sibuk memikirkan hal-hal diri sendiri sehingga kita terlupa orang-orang diluar sana...sehingga kita terlupa pada RABBI kita sendiri...sedar dan bangunlah..moga kita sama2 dapat memikirkan sesuatu bagaimana cara untuk membantu orang-orang diluarsana...dan berusaha memperbaiki amalan kita semua pada yang MAHA LEBIH MULIA...ialah ALLAH s.w.t...

BICARA HATI SEORANG HAMBA ALLAH KEPADA SELURUH MAKHLUK YANG BERAKAL...

  • Kita SUKA bila kita dipercayai,TETAPI kenapa kita tidak suka mempercayai orang lain?
  • Kita SUKA apabila kita disanjung, TETAPI kenapa kita tidak suka menyanjungi orang lain?
  • Kita TIDAK SUKA dicaci, TETAPI kenapa kita suka mencaci orang lain?
  • Kita TIDAK SUKA dikhianati, TETAPI kenapa kita suka mengkhianati orang lain?
  • Kita TIDAK SUKA dizalimi, TETAPI kenapa kita suka menzalimi orang lain?
  • Kita TIDAK SUKA dibenci, TETAPI kenapa kita suka membenci orang lain?
  • Kita TIDAK SUKA hati kita disakiti, TETAPI kenapa kita suka menyakiti hati orang lain?
  • Kita TIDAK SUKA dipersalahkan, TETAPI kenapa kita suka mempersalahkan orang lain?
  • Kita TIDAK SUKA dikritik, TETAPI kenapa kita suka mengkritik orang lain?
  • Kita TIDAK SUKA hak kita dirampas, TETAPI kenapa kita suka merampas hak orang lain?
  • Kalau kita INGIN dihormati, kita juga mesti BELAJAR menghormati orang lain.
  • Kalau kita INGIN dihargai, kita mesti BELAJAR menghargai orang lain.
  • Kalau kita INGIN difahami, kita mesti BELAJAR memahami orang lain.
  • Kalau kita INGIN dikasihi, kita juga mesti BELAJAR mengasihi orang lain.
  • Kalau kita INGIN disanjungi, kita mesti BELAJAR menyanjungi orang lain.
  • Kita SUKA apabila kita disayangi...kita SUKA apabila dipuji...
TETAPI..MENGAPA KITA SERING LUPA UNTUK MEMUJI PENCIPTA YANG JUGA MERUPAKAN PENTADBIR ALAM INI???
KITA JUGA SUKA BILA KITA DICINTAI..TETAPI MENGAPA KITA SERING LUPA BAGAIMANA CARA MENCINTAI RABBUL 'IZZATI TERLEBIH DAHULU??
MENGAPA KITA JADI BEGINI??LUPAKAH KITA PADA JANJI2 KITA PADA ALLAH SEMASA DIALAM ROH DAHULU??
USAPLAH DADA...TANYALAH IMAN...:'(

EGOIS...

Apakah cuba berlindung,
Dari zaman yang kian berubah,
Atau ikatan yang kian melucut,
Zahirnya kau akan tetap kecundang,
Untuk apa lagi kau menutup kebenaran,
Lantaran egomu yang tinggi!

Huh! Akalmu yang pendek berfikir panjang,
Zaman tidak akan menanti kawan,
Roda hidup akan terus mara,
Malah esok tetap takkan sama,
Hanya egomu yang bermaharajalela, 
Nampak diwajah,
Ketawa memerintah jiwamu..

Hentikanlah egoismu,
Akurlah pada keadaan dan waktu,
Nakhoda bahtera nalurimu,
Gunakan akal diminda mudamu,
Fikiran dan jiwamu,
Kerana ikatan zaman,
Takkan sama selamanya..