UkHwAh FiLLaH

Thursday 16 June 2011

DALIL2 KEWAJIPAN MENJALANKAN DAKWAH WALAUPUN DIRI BELUM SEMPURNA..

Imam Said bin Jubair berkata:
"Jika seseorang tidak mahu mengajak kepada yang ma'ruf dan mencegah kemungkaran, sehingga keadaan dirinya sempurna, maka tidak akan adaseorangpun yang akan mengajak kepada yang ma'ruf dan mencegah kemungkaran."

Imam Malik bersetuju dengan kenyataan Imam Said lalu beliau menambah: "Dan siapakah antara kita yang lengkap dan sempurna??"

Imam Hassan Al-Banna berkata:
"Siapakah antara kita yang telah melaksanakan segala yang diserukannya? Syaitan amat menyukai jika manusia terpedaya dengan sikap ini sehingga akhirnya tidak ada sesiapapun yang mahu mengajak kepada yang ma'ruf dan mencegah kemungkaran."

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Barangsiapa antara kamu melihat kemungkaran hendaklah dicegah dengan tangannya, jika tidak mampu hendaklah dicegah dengan kata-katanya dan jika tidak mampu hendaklah dicegah dengan hatinya dan mencegah dengan hati adalah tanda selemah-lemah iman." (HR. Imam Muslim)

Abdullah ibn Mas'ud berkata:
"Binasalah mereka yang tidak dapat membezakan yang makruf dan yang mungkar dengan hatinya."

*Pengabaian dalam melaksanakan amar ma'ruf dan nahi mungkar akan mengundang azab dan siksaan daripada Allah s.w.t.

Oleh itu Allah berfirman dalam surah al-Anfal: 25 yang bermaksud:
"Dan peliharalah dirimu daripada seksaan yang tidak khusus menimpa ke atas mereka yang zalim dari kalangan kamu sahaja. Dan ketahuilah Allah Maha Keras akan siksaannya."

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Zainab binti Jahsy bertanya kepada Nabi, 'Adakah kita akan dimusnahkan sedangkan golongan yang soleh masih ada dalam kalangan kita?' Lalu Nabi menjawab, 'Ya, apabila kekejian berleluasa." (HR. Imam Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang bermaksud:
"Apabila manusia melihat kezaliman dilakukan oleh seseorang yang zalim dan mereka tidak mencegahnya, tidak berapa lama lagi azab daripada Allah akan menimpa ke atas mereka semua." (HR. Imam Tarmizi)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Perumpamaan mereka yang memelihara batas-batas agama Allah dengan golongan yang melanggarnya adalah seperti sebuah kapal yang dipenuhi penumpang pada bahagian atas dan dibawahnya. Golongan yang berada dibahagian bawah, apabila ingin mengambil air terpaksa menaiki bahagian atas kapal bagi mendapatkannya. Akhirnya penumpang pada bahagian bawah berkata,"Alangkah baiknya jika kita tebuk sahaja lantai kapal ini untuk mendapatkan air dan dengan yang demikian kita tidak perlu lagi menyusahkan rakan-rakan kita yang berada dibahagian atas." Jika penumpang-penumpang pada bahagian atas tidak mencegah perbuatan rakan-rakan mereka yang berada dibawah, mereka semua pasti akan tenggelam, jika mereka mencegah, nescaya kesemua mereka akan selamat."

SUMBER RUJUKAN: 
KIT KOMBAT ISLAM UNTUK REMAJA.
DR. DANIAL ZAINAL ABIDIN.

Monday 13 June 2011

KERANA MERASA LEBIH MULIA.....

Kerana kita merasa lebih mulia,
Kita merasa puasa kita lebih sempurna,
Malah memandang rendah pada yang menjamu selera,
Kerana merasa hebat menahan lapar dan dahaga.

Kerana merasa lebih mulia,
Kita merasa tahajjud kita terlalu istimewa,
Malah memandang sinis pada yang sedang lena,
Kerana terasa munajat kita lebih diterima.

Kerana merasa lebih mulia,
Kita bahagia dikelilingi sahabat sefikrah,
Malah memandang rendah pada yang melawan fikrah,
Kerana senang hati punya sahabat yang hadam erti ukhwah.

Oh, kerana merasa lebih mulia,
Kita senang berjalan dilitupi pakaian yang cukup syaratnya,
Malah jelek melihat mereka yang terbuka sana sini,
Kerana kita merasa diri lebih terpelihara.

Kerana merasa lebih mulia,
Kita gembira melaksanakan kerja Islam sepanjang masa,
Malah benci melihat sahabat yang berehat seketika,
Kerana kita merasa diri lebih ikhlas dalam beramal kerana-Nya.

Kerana merasa lebih mulia,
Kita ralit menatap buku tanpa jemu,
Malah jengkel dengan orang yang berhibur tanpa malu,
Kerana merasa ilmu kita sudah menderu-deru.

Kerana merasa lebih mulia,
Kita leka perintah Tuhan yang Berkuasa,
Menjaga hati dari merasa selesa dengan hidup yang sempurna,
Takut-takut kelak kita diheret ke neraka,
hanya kerana ketika didunia,
KIT MERASA LEBIH MULIA..

Renung-renungkanlah...janganlah kita terlalu sibuk memikirkan hal-hal diri sendiri sehingga kita terlupa orang-orang diluar sana...sehingga kita terlupa pada RABBI kita sendiri...sedar dan bangunlah..moga kita sama2 dapat memikirkan sesuatu bagaimana cara untuk membantu orang-orang diluarsana...dan berusaha memperbaiki amalan kita semua pada yang MAHA LEBIH MULIA...ialah ALLAH s.w.t...

BICARA HATI SEORANG HAMBA ALLAH KEPADA SELURUH MAKHLUK YANG BERAKAL...

  • Kita SUKA bila kita dipercayai,TETAPI kenapa kita tidak suka mempercayai orang lain?
  • Kita SUKA apabila kita disanjung, TETAPI kenapa kita tidak suka menyanjungi orang lain?
  • Kita TIDAK SUKA dicaci, TETAPI kenapa kita suka mencaci orang lain?
  • Kita TIDAK SUKA dikhianati, TETAPI kenapa kita suka mengkhianati orang lain?
  • Kita TIDAK SUKA dizalimi, TETAPI kenapa kita suka menzalimi orang lain?
  • Kita TIDAK SUKA dibenci, TETAPI kenapa kita suka membenci orang lain?
  • Kita TIDAK SUKA hati kita disakiti, TETAPI kenapa kita suka menyakiti hati orang lain?
  • Kita TIDAK SUKA dipersalahkan, TETAPI kenapa kita suka mempersalahkan orang lain?
  • Kita TIDAK SUKA dikritik, TETAPI kenapa kita suka mengkritik orang lain?
  • Kita TIDAK SUKA hak kita dirampas, TETAPI kenapa kita suka merampas hak orang lain?
  • Kalau kita INGIN dihormati, kita juga mesti BELAJAR menghormati orang lain.
  • Kalau kita INGIN dihargai, kita mesti BELAJAR menghargai orang lain.
  • Kalau kita INGIN difahami, kita mesti BELAJAR memahami orang lain.
  • Kalau kita INGIN dikasihi, kita juga mesti BELAJAR mengasihi orang lain.
  • Kalau kita INGIN disanjungi, kita mesti BELAJAR menyanjungi orang lain.
  • Kita SUKA apabila kita disayangi...kita SUKA apabila dipuji...
TETAPI..MENGAPA KITA SERING LUPA UNTUK MEMUJI PENCIPTA YANG JUGA MERUPAKAN PENTADBIR ALAM INI???
KITA JUGA SUKA BILA KITA DICINTAI..TETAPI MENGAPA KITA SERING LUPA BAGAIMANA CARA MENCINTAI RABBUL 'IZZATI TERLEBIH DAHULU??
MENGAPA KITA JADI BEGINI??LUPAKAH KITA PADA JANJI2 KITA PADA ALLAH SEMASA DIALAM ROH DAHULU??
USAPLAH DADA...TANYALAH IMAN...:'(

EGOIS...

Apakah cuba berlindung,
Dari zaman yang kian berubah,
Atau ikatan yang kian melucut,
Zahirnya kau akan tetap kecundang,
Untuk apa lagi kau menutup kebenaran,
Lantaran egomu yang tinggi!

Huh! Akalmu yang pendek berfikir panjang,
Zaman tidak akan menanti kawan,
Roda hidup akan terus mara,
Malah esok tetap takkan sama,
Hanya egomu yang bermaharajalela, 
Nampak diwajah,
Ketawa memerintah jiwamu..

Hentikanlah egoismu,
Akurlah pada keadaan dan waktu,
Nakhoda bahtera nalurimu,
Gunakan akal diminda mudamu,
Fikiran dan jiwamu,
Kerana ikatan zaman,
Takkan sama selamanya..

KESABARAN...

Apa erti sabar?
Hanya terletak pada bahu,
Orang yang pernah merasainya,
Apa itu sabar?
Ialah satu dugaan Tuhan pada makhlukNya,
Apa erti sabar?
Setelah yang dikejar,
Pasti berciciran atau dikendong,
Itu terletak kepada seseorang individu,
Malah sabar yang ditempuhi,
Lebih bisa dari gigitan ular,
Lebih pedih dari panahan api,
Lebih pedas dari sebiji cili api,
Jua lebih pahit dari hempedu,
Apa yang tiada, boleh didapati,
Namun yang hilang,
Tiada tolok gantinya,
Terimalah apa yang berlaku,
Kerana Dia Maha Mengetahui,
Segala apa yang terjadi,
Ingatlah sesungguhnya,
Allah tidak akan menguji seseorang itu,
Diluar tahap kemampuan imannya untuk bertahan,
Dan sabar itu penentu,
IMAN dan KEBAHAGIAAN,
Kita yang bernama hamba dan manusia,
Hanya berserahlah kepadaNya,
Kerana Dialah yang Maha Kuasa lagi Maha Mengetahui..

Saturday 11 June 2011

PETUA KALAU TERJATUH

1. Kalau tersepak batu:
Jangan terus bangun, sebaliknya anda terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian orang ramai lepas tu baru bangun bila tiada orang nampak.
                                                                                                                                                                             2. Kalau terjatuh basikal:
Cepat-cepat naik basikal anda semula dan jatuhlah lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saja-saja buat lawak. 
  
3. Kalau terjatuh tangga: 
Terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus. 


4. Kalau terjatuh dalam longkang: 
Pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang prihatin dengan kebersihan. 

5. Kalau terjatuh ketika turun dari bas:
Jeritlah kuat-kuat, "Woi, apa tolak-tolak ni?!!" walaupun tiada orang dibelakang anda.

6. Kalau terjatuh ketika dihadapan stesen bas:
Terus buat-buat pengsan sehingga ada yang membantu anda..kalau tiada..baring terus sampai pagi buta dan tiada orang di stesen bas tu..haa..inilah masa yang sesuai untuk bangun semula.

7. Kalau tergelincir kat lantai lincin:
Tariklah kawan atau sesiapa saja yang ada disebelah anda untuk jatuh bersama-sama supaya taklah anda seorang saja yang malu..hehe...betul tak??


=sekadar memujuk hati sahabat2 yang sedang sedih kerana gagal dlm sesuatu perkara ataupun hanya kerana kata-kata orang sekeliling yang telah menjatuhkan semangat anda untuk terus berusaha..jadi, jangan berputus asa ye...banyak lagi jalan penyelesaiannya,kerana itu Allah memberi hak kpd kita untuk terus mencari dan memilih...aja2 fighting!!^_*

Friday 10 June 2011

Bidadari di Pandangan Bakal Suami

Akulah Aisyahmu...
Yang selalu ceria dalam pandanganmu...
Yang takkan pernah bosan beri senyum terindahku untukmu...
Simpanan bagi ilmu-ilmu mu...

Akulah Fatimahmu...
Yang selalu redha dgn segala pemberianmu...
Sahabat dalam tiap pedih dan kesulitanmu...

Akulah kekasihmu...
Ibu dari anak-anakmu...
Yang akan memberi warna berbagai dalam hidupmu...
Melalui setiap hari bersamamu...

Namun...
Sedarkah kau akan semua itu..
Mengapa masih ada ragu dihatimu...

Tak bisakah engkau ajariku mengeja kalam2NYA...
Atau nikmati malam berdua untuk bercinta denganNYA...
Menangis sendu dalam tafakur syukur...
Dalam sujud yg penuh khusyu'..
Dalam munajat cinta yg hanya padaNYA...

Apapun engkau..
Akulah bidadarimu..

Walaupun tak pernah sempurna...

Ya...
Akulah bidadarimu...
Yang tak lelah mencintaimu...
Kerana cintaku padamu adalah cinta keranaNYA...

♥♥.•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.♥♥
♥♥ ✿♥ ✿♥ ✿Annisa Mutiara Hati ♥ ✿♥ ✿♥ ✿♥♥.
♥♥`*•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥





"Nilai cintamu hanya pada Allah yang satu,kasihi Tuhanmu,redhalah Islam menjadi Agamamu,pasti tiada kecewa buatmu.Kelak satu hari nanti ada insan yang menantimu.Berkat kasihmu pada Allah yang satu pasti itulah insan yang menjadi cintamu di dunia wasilah dari Allah.Moga bertambah redha Allah padamu,melimpah kasih-NYA padamu... kerana engkau meletakkan kasihmu pada-NYA dahulu sebelum cinta pada kekasih yang menjadi pilihan hatimu."

TITIPAN BUAT PUTERI SOLEHAH....

"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.

Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.

Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.


Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.


Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?


Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.


Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?


Tidak kunafikan sebagai wanita, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.


Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.


Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.


Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.


Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.


Di mana saja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.


Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.


Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.


Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.


Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.

Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.


Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.


Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.


Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.


Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.


Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.


Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.


Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.


Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.


Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..


Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.

dari kawan kepada kawan.